Wednesday 30 May 2012

Fail Meja PPM

Monday 14 May 2012

Membuka File Winzip atau Winrar

Mungkin masih ada orang yang tidak pernah menggunakan perisian Winzip dan tidak tahu apa itu Zip file. Untuk keterangan lebih lanjut tentang Zip file, anda boleh ke sini dan baca informasi yang diberikan. Kali ini kami ingin menunjukkan kepada anda cara mudah untuk membuka Zip File.
Kami biasanya memberi banyak produk digital percuma kepada para subscriber kami. Tapi ramai yang komen tak boleh buka file yang kami berikan, apabila ditanya, rupa-rupanya ramai di antara mereka yang tidak tahu file itu telah di zip dan perlu di Unzip sebelum dibuka. Kalau ada sesiapa lagi mengalami masalah yang sama, jom ikuti tutorial ringkas ini!
Logo atau icon Zip file biasanya adalah seperti gambar di bawah:
logo zip fileUntuk UnZip file seperti ini anda perlu mendapatkan perisian WinZip. Download Perisian WinZip di sini jika masih tiada perisian tersebut. Setelah download, pastikan anda install perisian tersebut ke dalam komputer anda, jangan install dalam komputer bos anda pulak. Huhuhu..
Setelah selesai, pergi ke file Zip tadi dan klik kanan pada mouse anda kemudian cari WinZip dan pilih Extract file to here:
extract file
Setelah file itu siap di extract, secara automatiknya apa-apa file yang terdapat dalam file Zip tadi akan dikeluarkan di situ:
new folder
File Zip tadi sudah tidak digunakan lagi! Gunakan istilah ‘Habis madu, sepah dibuang’, dah dapat apa yang kita nak, buang saja apa yang kita tak mahu! Hahahahaha…untuk itu pergi ke file Zip tadi, klik kanan pada mouse dan pilih delete.
delete
Dengan itu selesailah tutorial cara untuk UnZip file WinZip yang selama ini menghantui hidup anda! Usah biarkan diri anda diselubungi misteri! Jengok2 la ke sini lagi untuk mendapatkan informasi berguna seperti ini lagi akan datang! (^_^)