Sunday 28 October 2012

CARA MUAT TURUN SOALAN ATAU FILE





Friday 21 September 2012

KEMBARA FASA 2 TAHUN 2012


Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Program Prasekolah KPM 2012
(U.P.: Semua Guru Prasekolah)

PENTAKSIRAN FASA 2 (PROGRAM KEMBARA) PRASEKOLAH TAHUN 2012

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kajian Pentaksiran Fasa 2 (Program Kembara) Negeri Perak 2012 ini adalah kesinambungan bagi Pentaksiran Fasa 1 yang lalu. Semoga tahap penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam kalangan murid prasekolah bertambah baik dan cemerlang. Program ini dilaksanakan secara tidak formal di kelas prasekolah (normal).

3.Sehubungan itu, sila muat turun instrumen untuk tindakan tuan/puan. Borang Skala Penguasaan Murid hendaklah dilengkapkan dan hantar sesalinan (hardcopy) ke PPD Larut Matang Dan Selama dan email (softcopy)  sebelum atau pada 30 Oktober 2012.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.



Sekian, terima kasih.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN : ---> PENTAKSIRAN KEMBARA FASA 2

Monday 10 September 2012

PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK P&P PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2012


KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN PROGRAM 
AMALAN TERBAIK P&P PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2012

Tahniah kepada para peserta LMS yg menyertai pertandingan amalan p&p terbaik prasek. 
peringkat negeri perak :
Bahasa Tamil - Johan
Bahasa Cina - Johan
Bahasa Inggeris - Naib Johan
Bahasa Melayu - Saguhati

Johan Keseluruhan - LMS
Johan akan mewakili Perak ke peringkat Kebangsaan 



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU :

MOHD SANUSI BIN ABDUL WAHAB
( DAERAH BATANG PADANG )
TEMPAT PERTAMA

NAZIRAH BT. KHALIDIN
( DAERAH HILIR PERAK )
TEMPAT KEDUA

HALIDAH LAILI BT. SHAARANI
( DAERAH KINTA SELATAN )
TEMPAT KETIGA

Tuesday 31 July 2012

Sila E-mel Maklumat Guru Dan PPM

TARIKH : 16.7.2012 Diminta Semua Guru dan PPM Prasekolah untuk e-melkan gambar berukuran pasport untuk dimuatkan dalam Buku Laporan Prasekolah Perak sila kemukakan maklumat nama penuh, sekolah dan juga tahun-tahun anda bertugas.sila e-mel di alamat berikut (prasekolahlms@gmail.com) sebelum 20/07/2012. Saya belum menerima maklumat dari beberapa buah sekolah lagi dan tempoh dilanjutkan sehingga 2/8/2012. Terima Kasih.

FORMAT UNTUK PENGHANTARAN MAKLUMAT SEPERTI BERIKUT IAITU ( DIDALAM SATU LAMPIRAN MAKLUMAT GURU DAN PPM BERBENTUK MICROSOFT WORDS SAHAHAJA SEPERTI CONTOH DIBAWAH)

NAMA GURU : ..............................
SEKOLAH :....................................
TARIKH-TARIKH BERKHIDMAT :.............................................





NAMA PPM : ..............................
SEKOLAH :....................................
TARIKH-TARIKH BERKHIDMAT :.............................................








Thursday 21 June 2012

KURSUS PENATARAN BAHASA MELAYU (16.6.2012)

Atas permintaan Rakan Prasekolah LMS yang hadir Kursus Penataran Bahasa Melayu Pada 16.6.2012 yang mahukan bahan Kursus boleh download bahan tersebut pada link di bawah.



Klik Untuk Muat Turun : -------> Bahan Kursus

Monday 14 May 2012

Membuka File Winzip atau Winrar

Mungkin masih ada orang yang tidak pernah menggunakan perisian Winzip dan tidak tahu apa itu Zip file. Untuk keterangan lebih lanjut tentang Zip file, anda boleh ke sini dan baca informasi yang diberikan. Kali ini kami ingin menunjukkan kepada anda cara mudah untuk membuka Zip File.
Kami biasanya memberi banyak produk digital percuma kepada para subscriber kami. Tapi ramai yang komen tak boleh buka file yang kami berikan, apabila ditanya, rupa-rupanya ramai di antara mereka yang tidak tahu file itu telah di zip dan perlu di Unzip sebelum dibuka. Kalau ada sesiapa lagi mengalami masalah yang sama, jom ikuti tutorial ringkas ini!
Logo atau icon Zip file biasanya adalah seperti gambar di bawah:
logo zip fileUntuk UnZip file seperti ini anda perlu mendapatkan perisian WinZip. Download Perisian WinZip di sini jika masih tiada perisian tersebut. Setelah download, pastikan anda install perisian tersebut ke dalam komputer anda, jangan install dalam komputer bos anda pulak. Huhuhu..
Setelah selesai, pergi ke file Zip tadi dan klik kanan pada mouse anda kemudian cari WinZip dan pilih Extract file to here:
extract file
Setelah file itu siap di extract, secara automatiknya apa-apa file yang terdapat dalam file Zip tadi akan dikeluarkan di situ:
new folder
File Zip tadi sudah tidak digunakan lagi! Gunakan istilah ‘Habis madu, sepah dibuang’, dah dapat apa yang kita nak, buang saja apa yang kita tak mahu! Hahahahaha…untuk itu pergi ke file Zip tadi, klik kanan pada mouse dan pilih delete.
delete
Dengan itu selesailah tutorial cara untuk UnZip file WinZip yang selama ini menghantui hidup anda! Usah biarkan diri anda diselubungi misteri! Jengok2 la ke sini lagi untuk mendapatkan informasi berguna seperti ini lagi akan datang! (^_^)

Tuesday 6 March 2012

Tips Ict

TIPS ICT: Folder Di dalam Pendrive Bertukar menjadi Shortcut

Seorang rakanbaik mengadu semua folder di dalam pendrivenya telah bertukar menjadi shortcut. Kesemua fail dalam folder tidak kelihatan(invisible), apabila di scan menggunakan antivirus tidak dapat menyelesaikan masalah, malah keluar notis “windows cannot find f:recycler……exe, bertambah haru biru dan panik
malware
Jangan panik, ini adalah serangan virus dan mungkin malware. Jangan terus format pendrive anda kerana ianya akan menyebabkab kesemua data akan hilang. Saya cuba membantu dengan menggunakan langkah berikut:
1. Periksa huruf yang mewakili pendrive anda contohnya; ( K )
pendrive
2. klik START > RUN > taip cmd kemudian klik OK
3. Jika pendrive anda ialah K kemudia taip K: dalam arahan ini ( attrib -h -r -s /s /d k: *.* ) kemudian ENTER.
preschool
4. Sekarang semua fail anda akan kelihatan semula..peringatan penting pastikan anda sentiasa update antivirus agar tiada serangan lagi.